Friday 28 November 2014

~Susu Cap Teko~



السلام عليكم




sekali sekala blog ini dijengah jua...bila teringat ku jejak jua blog yang dingin beku gersang usang dimakan usia..hikhik


dah lama sebenarnya mencari set susu cap teko ni..memang takde rezeki dan dulu harganya memang meletop-letopsss..


bila ternampak seller online menawarkan set ni, dengan tidak beragak2 terus pm sebab datang dengan apron yang cun melecun tu..




alhamdulillah set teapot ini dalam genggamanku jua..


Tuesday 23 September 2014

J&G Meakin Queen's Rose Designed by Paul Granet




J&G Meakin Sunshine
Queen's Rose Designed by Paul Granet



Nun berada dihujung laman ,
sekuntum mawar menarik lirikanku,
kulihat segar dan indah berseri,
dengan kilauan cahaya suria mula bersemi,
terbias dengan titis embun pagi,
yag menumpang dikelopaknya itu.



Mawar itu penuh duri,
menjadi pelindung maruah dan kesuciannya,
dari tangan derhaka dan penuh gelora,
yang selalu menghambat ketika leka,
yang kelihatan sufi tetapi iri. 


Mawar itu penuh duri,
sengaja ku biarkan ia mekar di lamanku,
berayun lembut dihembus angin pagi,
meratib wirid dan zikir kasihnya,
untuk peciptanya sejak azali,
Hanya mengharap Nur Ilahi panduan diri.  






Mawar itu penuh duri,
kulihat lesu dan mula layu,
lantas ku hadirnya padanya dengan pekerti,
menyiraminya dengan keikhlasan,
membajainya dengan budi,
menjulangnya dengan tiang seri hatiku ini
agar mawar berduri itu sentiasa teguh
dalam menyantuni ajaran Tuhannya,
dengan sepenuh jiwa raganya.
dengan semurni bersih di hatinya....






Sajak nukilan Zulman





Sunday 13 July 2014

~Wet Roses : Mission Half Accomplished!~



Salam Ramadhan 1435H













sikit-sikit lama-lama jadi satu set..
menjadi matlamat seorang pegumpul PML.......
insyaAllah..ada rezekiku kemudian hari..



Saturday 18 January 2014

~Beauty Beyond Words~



السلام عليكم

salam malam minggu..




sangat sangat sangat malas nak update blog kebelakangan ini..mood jatuh merudum..lalu kugagahkan diri menaip sepatah 2 kata di sini..

kali ni just nak share teko bulat wet roses..

WET ROSES
....beauty beyond words...




Wednesday 1 January 2014

~Selamat Datang 2014~



السلام عليكم

Selamat Tahun Baru 2014!!!




Mukasurat:1/365
 Aku impikan hari-hari yang indah, memberi tuah, menggembirakan, membahagiakan, menceriakan, menenangkan jiwa di tahun 2014 dikelilingi oleh suami, anak-anak, kaum keluarga dan sahabat handai yang tersayang di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.......